Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mulut Puaka, Itu Bukan Saya – Fina AF9

fina mulut puaka

Diterjah dengan pelbagai tohmahan, nama Fina AF9 nampaknya semakin buruk. Namun rakan kami di OhBulan berjaya mendapatkan maklum balas mengenai tohmahan “mulut puaka” yang dilemparkan kepadanya. Kata Fina:-

Advertisement

“Saya tidak mengerti kenapa saya telah dituduh menaburkan fitnah terhadap kedua-dua individu berkenaan, sedangkan banyak lagi perkara penting yang perlu saya tumpukan. Maksud saya, sebagai orang baru dalam industri ini, terus terang saya lebih suka fokus terhadap kerjaya daripada melayan cerita-cerita yang tidak berasas seperti ini.

“Walau bagaimanapun, andai kata mereka terus menuduh bahawa saya yang menabur fitnah, itu terpulang kepada masing-masing. Bak kata orang, “we believe what we want to believe“, ” kata Fina memberikan respon mengenai tuduhan fitnah tersebut.

Ditanya tentang lagak divanya semasa photoshoot, Fina AF9 pantas memohon maaf jika ada pihak yang terasa hati.

Sebagai orang baru, saya sedar bahawa banyak lagi kekurangan yang perlu saya perbaiki. Mengenai sesi photoshoot , saya ingin menyusun 10 jari & meminta maaf andai kata ada pihak yang terasa hati dengan sikap saya.

“Mungkin, saya tidak perasan atau terlepas cakap. Sebab itu, saya ingin meminta jasa baik pihak sesi photoshoot berkenaan untuk memaafkan diri saya. Saya tahu, mereka kesemuanya baik-baik, ” jelas Fina yang kelihatan ikhlas meminta maaf.

Good luck dan semoga terus maju kepada Fina.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top