Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mulut-Mulut Puaka Yang Penuh Hasad Dengki Tolong Diam – Elly Mazlein

Episod duka Elly Mazlein seakan tidak ada pengakhirannya, semua gara-gara kes penceraiannya dengan pengarah Azmi Hatta.

Advertisement

Saat Elly baru sahaja ingin menarik nafas lega dan bertenang kerana Azmi sudah menjenguk anak mereka, tiba-tiba timbul pula dakwaan murahan mengatakan Azmi pernah menangkap Elly berlaku curang dengan lelaki lain di sebuah hotel.

Dakwaan itu membuatkan hati Elly hancur berderai seketika tetapi beliau bangkit semula dan meminta agar bekas suaminya tampil dengan bukti beliau curang. Tidak dinafikan, nama Elly sekali lagi dikritik sesetengah pihak. Namun, beliau tidak sesekali tidak gentar menghadapi segalanya.

Saya kuat kerana sokongan peminat. Apa pun cacian, hinaan oleh pihak yang dengki, teguh akar kepercayaan peminat menjadi kekuatan. Jangan mudah mengaku kalah. Saya bukan baru dalam industri, dua dekad pengalaman banyak mengajar.

Jangan anggap saya artis baharu, yang gigih merangkak ketakutan dengan kontroversi. Maaf cakap, saya kuat dan tidak gentar. Dulu mungkin saya berdiam, pendam segala rasa tapi kini tidak lagi.

Advertisement

Elly meminta agar semua pihak jangan lagi menuding jari mencari salah siapa. Apa yang terjadi biarkan ia berlalu. Pada masa yang sama, beliau juga tidak mahu mereka yang tidak tahu cerita sebenar menyebarkan perkara palsu.

Cuma satu permintaan yang disulam ketegasan, jangan kacau saya! Jangan sesekali mengungkit budi yang pernah ditabur, usah dipermainkan emosi peminat dengan cerita-cerita sampah yang tidak ada buktinya.

Mulut-mulut puaka yang penuh hasad dengki juga tolong berdiam. Usah sesekali berlagak seperti tahu segalanya tentang saya. Saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan drama yang sama. Cukup!

Sudah-sudahlah tu mencanang cerita tidak benar terhadap Elly Mazlein. Biarkanlah beliau bahagia dengan anaknya.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top