Mulut Lantang, Saman Datang? Penyokong Dakwa FAM Kemuka Saman RM5 Juta Gara-Gara Kritikan Di Media Sosial

Kehidupan

Mulut Lantang, Saman Datang? Penyokong Dakwa FAM Kemuka Saman RM5 Juta Gara-Gara Kritikan Di Media Sosial

Seorang pengguna media sosial mendakwa dirinya kini sedang berdepan tindakan saman bernilai RM5 juta daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan kerap mengkritik badan tersebut di platform X.

Pendedahan itu dibuat selepas beberapa hantaran berunsur kritikan terhadap FAM dimuat naik oleh individu berkenaan di platform tersebut.

Advertisement

FAM menuduh individu itu sengaja enggan memadam kenyataan berunsur fitnah terhadap mereka di X walaupun telah diminta untuk berbuat demikian.

Individu terbabit merupakan penyokong tegar Harimau Malaya yang sering menyuarakan pandangan serta ketidakpuasan hatinya di media sosial.

Tindakan berterusan individu itu mengkritik FAM didakwa memburukkan keadaan serta berpotensi menyebarkan semula kenyataan fitnah yang sama.

Sehubungan itu, menerusi surat mahkamah, FAM menuntut bayaran ganti rugi fitnah (libel) sebanyak RM5,000,000.00 dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan jumlah ganti rugi keterlaluan dan/atau sebagai pengajaran (tauladan).

FAM saman netizen terbuka kritik badan induk bola sepak

Susulan saman yang didakwa dikenakan ke atasnya, individu yang menggunakan akaun X dengan nama Sayf Ismail menasihatkan netizen agar lebih berhati-hati ketika menyuarakan pandangan atau memberi komen berkaitan bola sepak Malaysia.

FAM telah menyaman saya atas beberapa ciapan lama yang kononnya menyebarkan fitnah dan menyebabkan kerugian libel RM5 juta.

Dia turut menyuarakan pandangan bahawa badan induk bola sepak negara seharusnya bersikap lebih terbuka terhadap suara dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Saman ini adalah ancaman kepada semua netizen yang ingin beri pendapat mereka.” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dr say dikecam beri nafkah Rm2k sebulan buat bini
1 day ago

Dr Say Kongsi Komitmen Bulanan Cecah RM35K, Dikecam Hanya Beri Nafkah Isteri RM2,000 - "Dia Dah Tanggung Kereta, Rumah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...