Seorang wanita berdepan detik cemas dan menakutkan apabila menjadi mangsa serangan seksual ketika sedang beriadah pada waktu malam.
Menurut laporan, wanita berusia 20 tahun itu telah menjadi mangsa cabul selepas seorang individu cuba menariknya masuk ke dalam semak ketika joging di Taman Rekreasi Bukit Serindit, Melaka.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian itu berlaku pada Khamis kira-kira jam 10 malam dan mangsa diselamatkan oleh orang awam yang lalu di kawasan tersebut.
Mangsa dipeluk dari belakang, ditekup mulut dan cuba ditarik ke dalam semak.

Lokasi mangsa dicabul, Taman Rekreasi Bukit Serindit
Suspek berusia 27 tahun dilaporkan telah pun ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian jam 12.05 tengah malam pada hari sama.
Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap lelaki terbabit mendapati dia bebas dari sebarang penyalahgunaan dadah.
Suspek ditahan reman selama empat hari hingga 14 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul kehormatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.