Di aplikasi TikTok muncul satu trend terbaru di mana para pelajar ada melancarkan kempen ‘mengutuk’ guru sekolah mereka sendiri.
Dalam beberapa hantaran yang di muat naik ke aplikasi itu, para pelajar tersebut mendakwa mereka bukannya malas ke sekolah sebaliknya tidak berpuas hati dengan cikgu.
Meninjau bahagian komen, trend tersebut disokong individu bergelar pelajar yang menyatakan bahawa peraturan sekolah membuatkan mereka menyampah untuk hadir.
Asyik kena maki dengan cikgu, penat ahh.
Mulut cikgu yang buat kita taknak sekolah bukannya kita malas.
Peraturan sekolah yang aku malas nak pergi sekolah.
Gara-gara itu, ramai juga yang menganggap pelajar sekolah pada masa kini ‘lembik’ dan tidak hairanlah jika tahun lalu dilaporkan lebih 10,000 calon SPM 2023 tidak hadir ke dewan peperiksaan.
Malah, ada juga yang berbangga menunjukkan slip SPM mereka yang teruk di media sosial!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.