May 3rd, 2017

Hubungan istimewa antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi bukanlah perkara baru lagi. Kedua-duanya jelas kelihatan mesra bersama meskipun tidak pernah mengakui sedang “bercinta”.

Terbaru, bersempena dengan hari lahir Sufian, Elfira menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto beliau dan Sufian menaiki helikopter dengan ucapan selamat hari lahir.

Namun, tidak disangka, ada juga netizen yang memberikan komen agak melampau dan melabelkan Elfira sebagai seorang wanita yang “terdesak” untuk mencari lelaki sebagai pasangan.

Tidak tahan dengan komen sebegitu, Elfira telah bertindak untuk membalas dengan ayat yang agak padu juga. Iyalah, Elfira juga tetap seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Kalau dah cetuskan provokasi memang la sesiapa pun akan marah bukan?

Walaubagaimanapun, ada antara peminat Elfira yang meminta beliau bersabar dan jangan terlalu ambil pusing dengan komen berkenaan. Mungkin individu itu cemburu melihat kebahagiaan Elfira bersama Sufian.

Ermm, sabarlah Elfira, bukan semua orang yang suka lihat kemesraan anda bersama Sufian. Mungkin betul, beliau merasa cemburu.


Comments are closed.

Loading...