Mulanya Sabtu, Hari Keputeraan Rasmi Agong Dipinda Ke Hari Isnin

Trending

Mulanya Sabtu, Hari Keputeraan Rasmi Agong Dipinda Ke Hari Isnin

Malaysia sememangnya dikenali sebagai antara negara yang mempunyai cuti am yang banyak. Bayangkan sambutan perayaan pelbagai agama termasuklah cuti hari kelahiran untuk beberapa pemimpin juga. Antara sebab kenapa penduduk negara lain cemburu dengan rakyat Malaysia tahu!

Mesti ramai yang sedih apabila mendapat tahu bahawa Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada tahun ini jatuh pada hari Sabtu Isnin, 6 Jun.

Advertisement

hari lahir agong

Berita gembira untuk semua rakyat Malaysia kerana kerajaan secara rasminya telah meminda tarikh tersebut kepada 8 Jun lantas menandakan Isnin adalah cuti am untuk semua!

hari lahir agong dipinda ke isnin minggu pertama jun

Bukan itu sahaja, mereka juga bersetuju bermula daripada 2021, Hari Keputeraan Rasmi baginda ditetapkan pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun. Perintah ini juga berlangsung selama mana tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong.

Nampaknya seronoklah rakyat Malaysia kerana mereka sudah pasti akan dapat berehat sehari setiap Isnin minggu pertama Jun pada saban tahun. 

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...