January 4th, 2017

Pejam celik pejam celik, hari ini sudah masuk hari keempat di dalam tahun 2017. Sungguh pantas masa berlalu. Apa azam tahun 2017 anda? Mesti dah ada banyak perancangan kan? Abang Nara yakin ramai yang bercadang untuk upgrade smartphone masing-masing bersempena tahun 2017 ini. Tahun baru, smartphone pun kenalah baru kan? Tak gitu?

wiko ufeel go

tahun baru telefon pun mestilah baru kan?

Alang-alang dah dapat bonus di hujung tahun 2016 yang lalu, izinkanlah Abang Nara mencadangkan satu smartphone untuk anda. Abang Nara berani jamin 110% yang korang akan gembira, puas hati dan enjoy sekiranya Wiko Ufeel Go menjadi milik anda di pada awal tahun 2017 ini.

wiko ufeel go

oh sexy sangat nie. Teruja Abang Nara

Seperti yang pernah Abang Nara kongsikan dahulu, jenama Wiko adalah antara jenama smartphone yang berasal dari Perancis. Kehebatan Wiko telah terbukti apabil menduduki carta Top 5 di Eropah untuk kategori smartphone yang paling laris dijual. Dengan kehadiran Wiko Ufeel Go ini, confirm lebih ramai yang akan menjadi pengguna smartphone Wiko.
wiko ufeel goDengan skrin 5 inci yang dilengkapi teknologi “Full Lamination”, bateri 4000 mAh yang membolehkan korang layan YouTube tanpa risau bateri habis, kamera depan 13MP serta kamera selfie 5MP bakal memberikan gambar yang awesome dan paling AWESOME, teknologi 5 fingerprints untuk 5 aksi pasti akan membuatkan anda teruja apabila menggunakan Wiko Ufeel Go ini.

wiko ufeel go

Abang Nara pernah cerita tentang keseronokan dan ke’best’an teknologi 5 fingerprints untuk 5 aksi ini di artikel ini satu ketika dahulu. Bayangkan scan ibu jari boleh bukak Facebook, scan jari telunjuk boleh bukak Instagram, scan jari tengah boleh call pakwe/makwe, scan jari hantu boleh layan Youtube, scan jari kelingking boleh ambil gambar. Tak ke power tue? Lepas tue korang tak perlu risau pasal lagging ke, blue screen ke, handphone tetiba restart ke. Sebabnya Wiko Ufeel Go ini dijana dengan paparan antaramuka Wiko yang sangat pantas dan tuntas.

wiko ufeel go

Sembang banyak tak guna, Abang Nara sebenarnya dah pun beli Wiko Ufeel Go ini. Sekarang ini dah masuk seminggu Abang Nara gunakannya. Memang power. Memang terasa premium dan elegan sungguh rekaannya apabila Wiko Ufeel Go ini dipegang di tangan. Sekali pegang, rasa tak nak lepas. Kawan-kawan Abang Nara pun kagum dengan kecantikan rekaan Wiko Ufeel Go ini. Ada sorang dua yang teruja dan teringin nak beli. Dasyat sungguh penangan telefon ini

wiko

Cerita banyak-banyak pun tak guna, anda sendiri kena rasakan kehebatan Wiko Ufeel Go ini dengan pergi membelinya hari ini juga. Ia akan menjadi pembelian terbaik anda untuk tahun 2017. Dah boleh fokus benda lain dah. Tak gitu? Maklumat lanjut layari my-en.wikomobile.com dan LIKE Facebook Wiko Malaysia. Selamat mencuba!!!




Comments are closed.

Loading...