December 18th, 2015

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tahun 2016 menjelma. Cepat sungguh masa berlalu kan? Seperti biasa hujung tahun ini memang pelbagai jualan murah berlangsung. Inilah peluang kita selaku pengguna untuk mendapatkan apa yang kita kehendaki pada harga berbaloi. Abang Nara percaya ramai yang dah beli baju baru, seluar baru, tudung baru dan sebagainya. Tapi jangan lupa kasut pun kena baru jugak.

christy ng

Kalau bab-bab kasut ini, Abang Nara tak akan segan silu mencadangkan agar anda mengushar pelbagai variasi kasut daripada www.christyng.com. Memang macam-macam ada. Wedges, lace shoes, flat, kasut tumit tinggi dan kasut untuk perkahwinan pun ada. Sebut je, mesti Christy Ng ada punya. Semua pun cantik-cantik, selesa serta bermutu tinggi.

christy ng

Dan kalau dah namanya hujung tahun, mestilah akan ada jualan gudang untuk memberi peluang kepada para pencinta kasut mendapatkan rekaan-rekaan kasut pada harga mampu milik. Berikut ialah maklumat lanjut jualan gudang Christy Ng yang telah pun bermula hari ini.

Tarikh: 18 Disember (Jumaat) – 20 Disember (Ahad)
Masa: 10 pagi sehingga 5 petang
Alamat: 57-1, Block D,The Suites, Jaya One, No. 72A, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Diskaun yang diberikan adalah sehingga 70%. Banyak kan? Lagi best, jika anda RSVP di bawah, anda akan mendapat percuma sepasang kasut apabila membuat pembelian RM300 dan ke atas. Terbaik kan?


Ini antara beberapa kasut yang mencuri perhatian Abang Nara. Mana tahu korang pun berminat jugak.

christy ngchristy ngchristy ngchristy ngchristy ng

Cantik kan? Jadi silalah jangan lepaskan peluang ke Jualan Gudang Christy Ng yang telah pun bermula hari ini. Nasihat Abang Nara, silalah ushar-ushar dulu kasut mana yang anda mahu beli di www.christyng.com. Nanti kat sana tak adalah kelam kabut sangat. Selamat berjaya!!!

P.S: Last time masa Christy Ng buat jualan gudang, memang ramai betul yang datang. Nasihat Abang Nara datang awal sikit. Takut kasut yang cun melecun habis awal.


Comments are closed.

Loading...