Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, hari ini meraikan pencapaian 100 hari pertama pentadbirannya pada penggal kedua.
Ketika memberi ucapan kepada penyokongnya, Trump menggambarkan permulaan penggal baru ini sebagai “100 hari paling berjaya dalam mana-mana pentadbiran dalam sejarah negara.”

Kredit: Buletin TV3
Meskipun beliau menganggap pentadbirannya pada 100 pertama ini sebagai ‘kejayaan’ namun ramai berkemungkinan menyifatkan ia sebagai satu ‘kekecohan’.
Bukan sekadar perang tarif bersama China, Trump juga telah membuat beberapa keputusan lain di peringkat negara yang turut mencetuskan pelbagai ketidakpuasan hati.
Berikut adalah apa yang telah dilakukan Trump sepanjang 100 hari pertamanya di penggal kedua:
Selain tarik ke atas barangan import dari China, Trump juga mencetuskan pelbagai reaksi selepas beliau turut mengenakan tarik ke atas barangan keluli, aluminium dan automotif.
Dalam pada ramai melontarkan kritikan kepada Trump, beberapa dasar baru yang ditetapkan beliau mendapat sokongan dan pujian ramai iaitu dasar rasmi kerajaan Amerika Syarikat bahawa hanya terdapat dua jantina — lelaki dan wanita dan melarang penyertaan lelaki dalam sukan wanita.
Trump turut berjanji untuk melaksanakan “potongan cukai terbesar dalam sejarah Amerika,” termasuk pengecualian cukai ke atas tip, pencen keselamatan sosial dan kerja lebih masa.
Kita baru bermula. Anda belum lihat apa-apa lagi.