Mulai Tahun 2020, Kelantan Akan Hadkan Operasi Kedai Makan Hingga Jam 12 Malam

Kehidupan

Mulai Tahun 2020, Kelantan Akan Hadkan Operasi Kedai Makan Hingga Jam 12 Malam

Bagi anda yang mempunyai niat untuk bercuti di Kelantan pada tahun hadapan, terdapat satu perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum bercuti di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Mulai tahun 2020, kerajaan Kelantan akan menghadkan operasi kedai makan, warung, atau restoran sehingga jam 12 malam bermula tahun depan bagi mengekang gejala sosial.

Menurut Malaysia Kini, satu kajian mengenal pasti punca golongan belia sering keluar rumah pada waktu malam antaranya kerana operasi restoran melebihi jam 12 malam, kata menteri besarnya, Ahmad Yakob.

Advertisement

restoran buka pada waktu malam

Kita berhasrat untuk melaksanakan peraturan itu di mana kegiatan pada waktu malam tidak melebihi jam 12 malam.

Jadi kita minta semua kakitangan kerajaan memberi sokongan penuh. Semakan dilakukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya dapat kurangkan tarikan anak-anak muda ketika berada di luar.

Yakob berkata, terdapat banyak lagi faktor penyebab berlakunya gejala sosial, pihaknya akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan suasana malam tidak melebihi jam 12 malam.

Advertisement

Katanya, mereka mengambil contoh dari langkah negara maju yang menutup lebih awal kegiatan perniagaan pada waktu malam kecuali premis tertentu.

Mungkin mereka (tutup) pada pukul lapan lagi. Insya-Allah kita cuba pada tahun 2020.

 

Semoga langkah yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan dapat mengurangkan gejala sosial di sana.

 

Sumber: Malaysia Kini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...