Mulai September Ini, Siaran Analog Televisyen Beralih Ke Digital Sepenuhnya

Teknologi

Mulai September Ini, Siaran Analog Televisyen Beralih Ke Digital Sepenuhnya

Beberapa minggu lalu, Pulau Langkawi merupakan kawasan pertama yang menamatkan siaran analog, dan akan beralih secara penuh ke penggunaan teknologi DTTV (Digital Terrestrial Television).

Langkawi tutup analog

Advertisement

Semalam, satu lagi sejarah dalam industri penyiaran negara dicatatkan dengan pengumuman peralihan siaran televisyen analog secara berperingkat, yang bakal membolehkan pengguna beralih ke siaran televisyen digital myFreeview sepenuhnya.

siaran digital Malaysia

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata, pihaknya yakin rakyat Malaysia sudah bersedia dan menerima baik peralihan kepada siaran televisyen digital (TV Digital) ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo

Dimana, mulai 30 September ini semua siaran televisyen di Malaysia akan beralih kepada digital sepenuhnya selepas 56 tahun beroperasi secara analog.

Kejayaan rintis di Langkawi bermula 21 Julai lalu dan peralihan seterusnya akan dibuat di kawasan Tengah dan Selatan pada 19 Ogos, diikuti Utara (2 September) dan Timur (17 September).

Penduduk Sabah dan Sarawak pula mereka akan menikmati siaran TV Digital sepenuhnya bermula 30 September ini.

Siaran TV Digital myFreeview menawarkan pelbagai saluran secara percuma dengan resolusi serta kualiti gambar dan bunyi yang lebih jelas secara definisi standard (SD) dan definisi tinggi (HD).

'Analogue Switch off' ditawar secara percuma

Terma ‘Analogue Switch Off’ (ASO) merujuk kepada peralihan siaran televisyen, yang ditawarkan secara percuma kepada rakyat oleh RTM sejak 1963 dan oleh TV3 sejak 1984, menggunakan teknologi lama (analog).

Malaysia merupakan negara ketiga di rantau ASEAN yang akan menjalankan peralihan siaran televisyen analog selepas Brunei dan Singapura, yang telah menutup siaran televisyen analog mereka sepenuhnya dan bersiaran TV Digital masing-masing pada 31 Disember 2017 dan 1 Januari 2019.

kronologi siaran digital Malaysia

Dengan penutupan siaran analog ini, terdapat kebarangkalian besar bahawa spektrum-spektrum ini akan diagihkan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi yang akan menggunakannya untuk sambungan 5G, selari dengan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

 

Sumber: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...