Mulai 5 November, Tiada Lagi Perkhidmatan Tambah Nilai Di Plaza Tol

Automotif

Mulai 5 November, Tiada Lagi Perkhidmatan Tambah Nilai Di Plaza Tol

Selalunya kita sering melihat ada segelintir rakyat Malaysia yang akan menambah nilai Touch ‘n Go di mana-mana tol kerana terlupa atau mereka memilih jalan mudah.

Tetapi mulai esok, semua pengguna perlu ingat untuk menyemak baki Touch ‘n Go anda terlebih dahulu kerana tiada lagi perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar tol seluruh negara.

Advertisement
semak baki Touch N Go

Kredit: Amanz

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, langkah tersebut dilakukan bagi mengurangkan kesesakan ekoran aktiviti tambah nilai di semua plaza tol di Wilayah Utara (antara Hutan Kampung dan Ipoh Utara) dan Wilayah Selatan (antara Seremban dan Skudai).

kurangkan kesesakan lalu lintas

Ini juga bagi memastikan keselamatan pekerja tol. Bagaimanapun, pusat khidmat pelanggan dan lorong tambah nilai di lorong masuk plaza tol terpilih masih disediakan dan beroperasi seperti biasa.

Terdapat lebih 11,000 kemudahan tambah nilai di seluruh negara termasuk di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), stesen minyak, kedai serbaneka, hentian rehat dan pusat beli belah.

Dalam pada itu, PLUS berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd bagi memastikan kiosk ‘Touch ‘n Go’ beroperasi dalam keadaan baik setiap masa.
Jadi, anda semua perlu beringat untuk menambah nilai Touch ‘n Go sebelum memandu kereta agar kita tidak menyusahkan orang lain di plaza tol.
Sumber:  Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...