Baru-baru ini, pelakon dikenali ramai iaitu Zarina Zainuddin berkongsikan cerita mengenai dirinya menjadi isteri kedua buat suami, Datuk Seri Raihan Wan Jaafar serta pengalaman bermadu.
Kongsi kisah jadi isteri kedua
Melalui sesi podcast Sinar, Zarina mendedahkan pada awalnya dia keberatan untuk menerima lamaran suami memandangkan ketika itu lelaki terbabit sudah mempunyai isteri.
Dia ajak kahwin tapi saya tolak sebab dia suami orang. Saya cakap saya tak nak kahwin dengan suami orang. Dia orang yang baik, dia cakap dekat saya ‘abang nak kahwin dengan Ina sebab abang nak orang hormat Ina’.
Ayat yang dilontarkan oleh lelaki berkenaan telah menyentuh hati aktres terbabit dan dia mula berfikir semula tentang lamaran tersebut.
Masa tu saya fikir juga macam mana ni, sebab dia suami orang. Mak saya tak setuju masa tu sebab dia suami orang.
@sinar_my Replying to @Norita “Abang nak kahwin dengan Ina sebab nak jadikan orang hormat Ina” Itulah antara kata-kata suami Zarina Zainuddin ketika ingin berkahwin dengannya. Bukan mudah untuk berkongsi kasih 🥺 #SINARKongsi #fypシ゚ #xyzbca #fyppppppppppppppppppppppp #BorakSelebriti #zarinazainuddin #selebritiMalaysia ♬ original sound – SINAR
Bukan keputusan yang mudah kahwini lelaki berstatus suami orang
Akui pelakon itu sendiri, keputusan untuk berkahwin dengan suami tidaklah mudah, memandangkan ibunya juga menentang dia berkahwin dengan lelaki yang sudah berstatus suami orang lain.
Bagaimanapun, selepas melakukan solat istikharah, Zarina yakin dengan keputusannya untuk berjumpa dengan isteri pertama, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor.
Walaupun hatinya ketika itu berbolak-balik dengan keputusan mahu berkahwin dengan suami, tetapi disebabkan sudah mendapat keizinan isteri pertama, jadi dia pun teruskan juga.
Madu insan yang baik, banyak membantu
Pada awalnya, madu saya kurang setuju. Dia tanya, ‘Kenapa pilih suami saya? Sebab dia kaya?’. Saya jawab, saya pernah kenal orang lebih kaya, tapi tak pernah jumpa orang yang berjiwa besar dan sudi ambil saya sebagai isteri.
Zarina turut sempat menggambarkan suami dan madunya merupakan insan yang sangat baik, yang banyak membantunya, termasuklah tentang hal perniagaan.