Mengambil iktibar di atas kejadian yang menimpa penyanyi Amira Othman baru-baru ini, pengacara program My Doktor, Dr. Say Shazril tampil menyampaikan pesanan kepada orang ramai agar jangan takut bersenam asalkan tidak melebihi kemampuan diri.
Tambah Dr. Say, kecederaan otot paha itu boleh terjadi kepada individu yang sudah lama aktif bersenam. Sekadar info, kecederaan yang dialami Amira itu dipanggil Rhabdomyolysis atau dalam kata mudah, kegagalan otot.
Kecederaan itu menurut Dr Say akan menyebabkan sel otot-otot baru akan tumbuh bagi menggantikan yang telah rosak agar lebih kuat. Namun, apa yang dialami Amira itu serius kerana melebihi kemampuan dan kapasiti yang dibenarkan oleh tubuh badan.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, orang ramai tidak perlu bimbang untuk melakukan apa jua jenis senaman asalkan tahu mengenai kemampuan diri masing-masing.
“Kuncinya adalah perlahan dan konsisten. Janganlah hari pertama anda bersenam terus nak gear lima. Mula gear satu dulu. Rasa badan makin teguh, makin tegap, makin stabil, naik gear dua. Ingat satu pesan saya, gaya hidup sihat adalah seperti sebuah marathon bukannya lari pecut. Tak perlu gopoh-gopoh, nikmati prosesnya. Usah takut bersenam. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Amira.” – Dr. Say