“Mula Pegang Dah Rasa Pelik..” – Wanita Terbeli ‘Panadol Fake’, Siap Rasa Berdebu

Kehidupan

“Mula Pegang Dah Rasa Pelik..” – Wanita Terbeli ‘Panadol Fake’, Siap Rasa Berdebu

Baru-baru ini tular di laman Facebook, hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Rashidah Ahmad yang meluahkan rasa kecewa apabila mendapati ubat paracetamol yang dibeli di kedai runcit merupakan ubat palsu.

Menerusi hantaran tersebut, Rashidah mengatakan bahawa dia terbeli ubat palsu berkenaan di sebuah kedai Acheh selepas kebanyakan kedai serbaneka kehabisan stok.

Advertisement

Menurutnya, dia mula berasa pelik apabila melihat bungkusan ubat tersebut kelihatan tidak kemas selain ubat di dalamnya terasa berdebu.

panadol

Mula pegang dah rasa pelik sebab packaging dia tak kemas langsung, tak macam selalu.. bila bukak je, pegang tablets tu dah rasa tak best sebab dia berdebu.

Malah, dia turut mengambil gambar dan menghantarnya kepada seorang rakan yang bekerja di syarikat pengeluar produk itu bagi memastikan keaslian ubat tersebut dan telah disahkan palsu oleh rakannya itu.

Ambil gambar ni dan send pada client akak.. dia kerja QC kat glaxo yang buat panadol ni.. dia kata jangan makan sebab fake panadol ni.. mujur la sis tak makan malam tadi.

panadol

Dalam pada itu, Rashidah turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli ubat paracetamol itu terutamanya di kedai runcit kerana kini terdapat ubat yang palsu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Jangan Lah Arwahkan Mak Sendiri” – Kes Pensyarah Hina Pelajar, Pelajar Didakwa Masih Ada Ibu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...