Penyampai radio terkenal, Fara Fauzana telah disahkan dijangkiti wabak Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah sejak Isnin lalu.
Fara atau nama lengkapnya Farah Fauzana Mohd Fadzil menjalani ujian saringan selepas menjadi kontak rapat kepada seorang individu dan memaklumkan perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya.
Selepas kali terakhir jumpa kontak rapat sila buat ujian saringan di hospital atau klinik yang berdaftar, ‘self test’ takut tak dapat keputusan yang betul.
Menurut Fara yang lebih mesra disapa Fafau, semasa hari dia membuat ujian saringan, dia sudah mula batuk dan pening kepala.
Nak tunggu keputusan agak mendebarkan, walhal dah selalu buat ujian saringan. Saya kena tunggu 24 jam dan hari esoknya baru pihak hospital hubungi untuk beritahu keputusan.
Fara, 41, yang pada mulanya enggan berkongsi berita dirinya positif wabak berjangkit itu, namun disebabkan kes Covid-19 semakin meningkat dia ingin memberi kesedaran kepada orang ramai.
Jangan takut untuk maklumkan pada mereka yang kita positif dan minta mereka buat ujian saringan dan jalani kuarantin di rumah jika perlu.
Tambahnya lagi, sebaik mendapat tahu diri positif Covid-19, kita kena terus hubungi siapa kontak rapat yang kita jumpa tiga hingga lima hari sebelum kita jalani kuarantin di rumah untuk keselamatan.