Datin Seri Shahida yang juga merupakan isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri mengakui rasa seronok melihat persahabatan anak perempuan, Qadejah dengan anak lelaki pelawak Shuib iaitu Uwais.
Menurut Shahida, dia sama sekali tidak akan menghalang mereka untuk berkawan kerana mendedahkan anak perempuannya juga tidak mempunyai ramai kawan lelaki.
Mula mula malu malu, dah lama baru jadi kawan. Seronok tengok @qadejah_terlajaklaris dengan Uwais buat aktiviti di @sugehecoresort Janda Baik.
View this post on Instagram
Melalui perkongsiaan video yang dimuat naik di Instagram, dapat dilihat anaknya serta Uwais sedang melakukan aktiviti bersama dan latarbelakang lagu yang digunakan adalah milik Allahyarham Siti Sarah.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen turut merasakan persahabatan mereka berdua kelihatan comel.
Sekadar info, anak-anak Shuib bercuti di tempat percutian milik usahawan sensasi itu sementara pelawak dan isteri baru, Watie berbulan madu di Pulau Langkawi.