Susulan sudah mempunyai hubungan yang serius, Ameera Khan tidak mahu teman lelakinya iaitu pelakon Indonesia, Jefri Nichol melakukan atau terlibat dengan adegan ‘dewasa’.
Ameera larang berlakon adegan ‘dewasa’
Melalui sesi temubual di Indonesia, Jefri berkata dirinya menturuti permintaan teman wanitanya, Ameera atau mesra dikenali sebagai Litte Miss Khan (LMK).
Katanya lagi, lebih baik dia tidak terlibat langsung dengan adegan-adegan yang tidak sepatutnya bersama pelakon wanita lain di set penggambaran.
Tindakan yang wajar sebagai pasangan kekasih
Mula-mula macam keliru tapi saya akan ikutkan apa yang Ameera mahu. meera kata lebih bagus jangan terlibat dengan adegan-adegan dewasa.
Dalam pada itu, Jefri merasakan tindakannya itu sangat wajar demi menjaga perasaan kekasih yang berada di Malaysia dan adil buat Ameera untuk meletakkan syarat sedemikian.
Tak baik kalau kita teruskan kalau kita dah ada kekasih.