Kalau sebelum ini nama selebriti jelita, Kilafairy pernah menjadi bualan orang ramai kerana cara pemakaiannya tidak melambangkan seperti wanita muslimah, kali ini, namanya sekali lagi terpalit dengan hal yang sama.
Hantaran foto terbaharunya di Instagram telah menarik perhatian ramai selepas satu portal hiburan memuat naik semula foto tersebut di platform Facebook mereka.
Dapat dilihat dalam foto berkenaan, Kilafairy memakai busana seakan-akan jumpsuit berwarna biru gelap dan tudung berwarna hitam.
View this post on Instagram
Menurut netizen, pakaian yang dipakai oleh selebriti terbabit sejak kebelakangan ini semakin mengecewakan kerana terlihat sangat ketat dan tidak sesuai untuk wanita berhijab.
Dalam pada masa yang sama, mereka turut berkata lebih suka melihat pelakon itu semasa awal-awal penghijrahan kerana pakaian lebih longgar serta bertudung labuh.
Sebelum ini, pakaiannya Kilafairy turut ditegur oleh orang ramai kerana seakan-akan ‘belanja’ punggung, namun selebriti itu tidak mendiamkan diri dan menyuruh warganet unfollow jika tidak menyukai fesyennya.