Gara-gara hanya memberikan ucapan selamat hari jadi kepada Shuk, pensohor media sosial dan usahawan Rossa Sera dilabel wanita sundal oleh seorang netizen.
Perkara itu dimaklumkan Rossa menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini.
View this post on Instagram
Dalam tangkap layar mesej itu, individu berkenaan mendakwa Shuk dan wanita simpanannya, Fara Saleh kini tinggal sebumbung dan telah pun berkahwin.
Kata individu tidak dikenali itu lagi, Rossa sepatutnya tidak perlu lagi terhegeh-hegeh memujuk Shuk dengan memberikan ucapan seperti itu.
Alahai sundalnya. Syuk dengan Fara tu dah serumah. Agaknya dah kahwin. Tak payah la nak terhegeh. Mula la tu gatal p*ki acah-acah nak memujuk si Syuk dengan wish birthday.
Rossa kemudian memberi respon dengan meminta individu itu tampil dengan akaun sendiri dan bukannya berselindung di sebalik akaun palsu.
Sehingga ke hari ini, status rumah tangga antara Shuk dan Rossa masih lagi kekal misteri.