Mungkin mahu seiringan dengan rakan artis yang lain, nampaknya Che Ta kini sudah kembali aktif di Twitter sejak semalam.
Menariknya, Che Ta sempat memberi sedikit ‘amaran’ buat netizen yang ingin menulis sesuatu tentang dirinya.
Pada masa yang sama, Che Ta memberikan pesanan agar masyarakat janganlah terlalu taksub menggunakan media sosial sehingga kadang-kala terlalu menayangkan kehidupan peribadi mereka ataupun membuka aib orang lain. Bukan semua perkara harus dipamerkan kepada umum.
Setakat ini akaun Twitter Che Ta yang menggunakan nama @rozitachewan1 baru sahaja mempunyai 481 pengikut.