Muka Seperti ‘Fed Up’ & Malas Layan, Reaksi Aisar Khaled Di Indonesia Undang Perhatian – “Dia Dah Rimas Kot, Dorang Pegang-Pegang”

Trending

Muka Seperti ‘Fed Up’ & Malas Layan, Reaksi Aisar Khaled Di Indonesia Undang Perhatian – “Dia Dah Rimas Kot, Dorang Pegang-Pegang”

Pempengaruh Aisar Khaled sebelum ini meraih perhatian selepas dia berjaya menembus ‘market’ di Indonesia dan digemari ramai penduduk di negara tersebut.

Bukan itu sahaja, setiap kali lawatannya ke mana-mana lokasi di Indonesia pasti Aisar menerima sambutan yang sangat meriah dan dikerumuni ramai masyarakat setempat tidak kira usia.

Advertisement

Aisar khaled dilayan seperti sultan di Indonesia
7 months ago

Tular Video 'Influencer' Aisar Khaled Dilayan Bagai Sultan Di Indonesia, Netizen Terkejut - "Tolong Ambil Dia Terus"

Bagaimanapun, video terbaru dikongsikan seorang wanita dari Batam, Indonesia telah menerima lebih sejuta tontonan dan meraih perhatian netizen di Malaysia.

Mana tidaknya, netizen perasan dan bercakap tentang reaksi serta bahasa tubuh Aisar Khaled yang ketika itu dikerumuni ramai wanita di mana dia dilihat seolah-olah rimas dan malas layan.

Menerusi rakaman itu, boleh dilihat ramai wanita mengambil kesempatan memegang tangan dan bahagian badan Aisar yang ketika itu menghulurkan minuman buat orang yang hadir.

Ruangan komen hantaran wanita itu dipenuhi dengan komen netizen Malaysia yang berpendapat Aisar berkemungkinan rimas dan tidak tahan dengan sikap penduduk negara tersebut yang berlebih-lebihan dan tidak menjaga batas.

Nampak sangat dia rimas dengan korang.

komen Aisar Khaled

Dalam pada itu, ramai turut menyindir kebanyakan wanita di negara tersebut yang dikatakan langsung tidak memberikan privasi dan seperti tidak pernah melihat lelaki.

Memang taknak kasi privasi langsung ehh.

komen Aisar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...