Suami penyanyi Zizi Kirana iaitu Yusuf Bahrin kembali ceria dan tidak sabar menantikan kepulangan isterinya selepas dibebaskan dari tahanan Israel ketika misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Rakan kepada aktor itu berkongsi keadaan Yusuf Bahrin selepas menerima berita kepulangan 23 sukarelawan Malaysia yang kini berada di Turki.
Menerusi rakaman di TikTok, mereka sedang bercakap melalui panggilan video dan aktor berkenaan dilihat tersenyum lebar dan individu tersebut meluahkan rasa syukur selepas melihat Yusuf sudah mampu tersenyum.
Muka ada senyum, alhamdulillah nampak ceria dah. Mata dah tak bengkak. Yusuf Bahrin tak sabar nak sambut bidadari syurganya.
@thepresidentcore Alhamdulillah..syukur🤲🏻..allah maha baik..Terima kasih allah..Terima kasih malaysian🫶🏻 @Sumud Nusantara Official @Yusuf Bahrin @Zizi Kirana #globalsumudflotilla #freepalestine🇵🇸❤️ #gaza #fyp #viral ♬ Hanya Rindu – Andmesh
Kata individu itu, mata Yusuf tidak lagi sembap seperti ketika mendapat tahu Zizi ditahan oleh rejim Israel di perairan antarabangsa ketika sedang menuju ke Gaza.
Terdahulu, Zizi bersama 22 sukarelawan Malaysia yang lain selamat tiba di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye pada hari Sabtu sekitar jam 9 malam waktu tempatan.
Mereka ditahan oleh Angkatan Tentera Israel (IDF) ketika menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza sebelum dibebaskan dari penjara.