Muka Senang Naik Jerawat? Ini Antara Bahan Diuji Dermatologi Yang Sesuai Merawat Kulit!

Branded

Muka Senang Naik Jerawat? Ini Antara Bahan Diuji Dermatologi Yang Sesuai Merawat Kulit!

Antara masalah kulit yang agak sukar untuk dibendung adalah masalah jerawat mudah naik atau acne-prone.

Walaupun telah cuba pelbagai cara untuk menjaga kulit dengan baik, namun jerawat makin cepat naik dan mudah tumbuh disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti cuaca yang tak menentu.

Jadi, untuk anda yang mengalami masalah ini, jangan risau sebab kami nak share satu rangkaian produk yang dapat membantu untuk mengatasi masalah jerawat anda, paling penting ia telah diuji oleh para dermatologi!

Bintik Jerawat Makin Berkurang Dalam Masa 6 Jam Dengan Acne-Aid Anti-Acne Spot Gel

Seperti yang anda tahu, masalah jerawat boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik, hormon, persekitaran dan penggunaan produk yang tidak sesuai pada kulit. Pada masa yang sama, situasi seperti ini sukar dielakkan.

Kenapa kita harus tahu produk apa yang sesuai digunakan? Bagaimana nak tahu? Setiap individu mempunyai jenis kulit yang berbeza, dan punca jerawat mungkin berbeza antara faktor ini dan juga bergantung kepada gaya hidup atau rutin penjagaan kulit anda.

Merawat kulit yang cenderung berjerawat melibatkan lebih daripada hanya menggunakan produk yang membantu mengatasi cela.

Satu tip yang baik adalah memilih produk yang tidak menyumbat pori. Anda boleh kenal pasti dengan mencari produk yang mempunyai label ‘bebas minyak, tidak menyumbat pori’ ataupun ‘oil-free, noncomedogenic’ dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, elakkan produk yang mengandungi bahan yang berpotensi mengiritasi kulit anda seperti alkohol dan pewangi.

Jadi, untuk mengatasi masalah ini daripada berlarutan, apa yang anda perlukan adalah Acne-Aid Anti-Acne Spot Gel.

Menariknya, Acne-Aid Anti-Acne Spot Gel ini diformulasikan dengan Salicylic Acid yang dapat mengurangkan jerawat dengan mengeksfoliasi kulit dan menjaga pori anda agar kekal bersih.

Selain itu, Spot Gel ini juga mengandungi Acnecare Bio yang boleh melawan kuman penyebab jerawat. Seriuslah?

Paling penting, produk ini dihasilkan tanpa pewarna, pewangi dan alkohol, menjadikan ia sesuai untuk kegunaan semua jenis kulit tau. Bagusnya!

Produk ini sangat disarankan untuk mereka yang mengalami masalah acne-prone sebab dengan bahan kandungan yang terdapat dalam produk ini, ia dapat mengurangkan bintik-bintik jerawat pada kulit dalam masa 6 jam*.

*Data on file. iNova Pharmaceuticals.

Jadi, kalau anda mengalami masalah acne-prone pada kulit, anda memang perlu dapatkan Acne-Aid Anti Acne Spot Gel sebab ia telah diuji oleh dermatologi.

Mempunyai Pelbagai Bahan Ekstrak, Acne-Aid Scar Care Gel Mampu Memudarkan Kesan Jerawat Dalam Tempoh Serendah 5 Hari

Selain bintik jerawat, kesan jerawat boleh disebabkan oleh tindak balas semulajadi badan terhadap keradangan yang berlaku semasa jerawat merebak.

Justeru, jalan penyelesaian yang anda perlukan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan Acne-Aid Scar Care Gel.

Untuk pengetahuan, Acne-Aid Scar Care Gel ini diperakui mampu memudarkan parut atau kesan jerawat dalam tempoh serendah 5 hari* menerusi bahan formulasi seperti ekstrak Vitamin C, Minyak Zaitun, Aloe Vera, Minyak Biji Bunga Matahari, Minyak Pokok Teh. Wah, bagus juga!

Tak cukup dengan itu, produk ini turut membantu mengekalkan hidrasi kulit anda, menjadikan kulit tampak lebih licin dan kelihatan lebih sekata.

Sama seperti Acne-Aid Anti-Acne Spot Gel, Acne-Aid Scar Care Gel dihasilkan tanpa pewarna, pewangi dan alkohol, serta telah diuji oleh dermatologi sesuai untuk semua jenis kulit.

Lagi best, ia mempunyai gel jernih yang tidak melekit serta mudah meresap terus ke dalam kulit, menjadikan kulit lebih terhidrat, licin dan kelihatan sekata. Bestnya!

*Data on file. iNova Pharmaceuticals.

Katakan Selamat Tinggal Kepada Jerawat, Rangkaian Acne-Aid Untuk Keyakinan Kulit Yang Bersih!

Jadi, untuk dapatkan kulit yang lebih sihat dan bersih, ada baiknya kalau anda menggunakan gabungan Acne-Aid Scar Care Gel dan Acne-Aid Anti-Acne Spot!

Kalau anda berminat untuk cuba rangkain produk daripada Acne Aid ni, anda boleh dapatkan di farmasi yang berdekatan.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Acne Aid sekarang atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

MY-2024-01-0006

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...