Pengarah terkenal Mamat Khalid yang berpeluang bertemu empat mata dengan personaliti media sosial Azman Naim 44 Mantra berkata, peribadi lelaki tersebut telah menarik minatnya untuk bekerjasama dengan lebih lagi pada masa akan datang.
Mamat yang dihubungi media baru-baru ini turut meluahkan hasrat untuk mengambil penyanyi lagu parodi PKP itu untuk bekerjasama dalam sebuah projek khas kerana yakin lelaki itu sangat berbakat dan istimewa.
View this post on Instagram
Tambah Mamat lagi, gaya Azman yang ‘selenga’ dengan mata yang langsung tidak berkedip itu membuatkan lelaki itu mampu untuk membawa satu karakter baru yang bagus.
Pertama kali jumpa dia depan mata, yang buat saya betul-betul terpikat adalah adab yang ditunjukkan. Azman sangat-sangat beradab, ‘coo’ dan merendah diri walaupun muka dia ‘pecah rumah’. Dia sangat istimewa dan tak sabar untuk tonjolkan keistimewaanyang ada pada dirinya dalam karya-karya saya berikutnya.
Ujar pengarah drama Hantu Kak Limah Balik Rumah ini lagi, keperibadian Azman yang tertib dan budi bicara yang baik menjadikan Mamat lebih tertarik untuk bekerjasama dengannya.
Mamat juga turut memaklumkan watak baru untuk Azman akan diwujudkan di mana dia akan menjadi adik kepada watak Cik Purnama lakonan Dewa Sapri dalam ‘universe’ (galaksi) Kampong Pisang.
View this post on Instagram
Terdahulu, nama Azman menjadi sebutan netizen apabila nyanyian parodinya di Instagram berkenaan PKP menjadi tular di media sosial.
Ia kemudian mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail yang turut memuji dan mengulang siar video nyanyi Azman iaitu lagu My Way nyanyian Frank Sinatra dalam Instagram milik Tunku.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.