June 19th, 2017

Bila tiba hari raya pasti kita akan seronok bertemu dengan saudara mara yang jarang sekali dapat berjumpa dengan kita bukan? Tetapi ada pula yang bersikap agak “busy body” dan bertanya segala macam hal terutama sekali soal jodoh jika anda masih solo.

Namun, pelakon Izreen Azminda agak berutung kerana wajah garangnya membuatkan beliau terselamat daripada soalan tersebut.

Saya rasa mereka pun tak berani nak tanya. Muka kami pun ‘cengih’ (garang). Setakat ini tiada pula yang tanya bila saya nak berkahwin lain tambahan pula mereka sendiri dapat jawapan apabila lihat saya balik kampung hanya bersama anak.

Izreen sebenarnya tidak serik untuk bergelar isteri lagi, tetapi beliau masih belum bertemu dengan lelaki yang tepat buat dirinya. Buat masa ini Izreen hanya ingin memberikan fokus untuk membesarkan anak lelakinya, Adrian Umar dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...