“Muka Saya Babyface” – Fimie Don Akui Watak ‘Hikayat Putera Shazlan’ Melekat Sampai Sekarang

Hiburan

“Muka Saya Babyface” – Fimie Don Akui Watak ‘Hikayat Putera Shazlan’ Melekat Sampai Sekarang

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon kanak-kanak yang popular menerusi drama bersiri ‘Hiyakat Putera Shazlan’ iaitu Fimie Don.

Pelakon yang kini berusia 24 tahun itu mendedahkan bahawa masih ada yang memanggilnya dengan gelaran watak tersebut walaupun hampir 12 tahun drama bersiri itu ditamatkan.

Advertisement

Dia macam Harry Potter. Sampai harini orang panggil Daniel Radcliff sebagai Harry Potter. Sama dengan saya, sampai sekarang orang panggil saya Hikayat Putera Shazlan.

Menurut Fimie, dia sudah mengalami transisi dari kanak-kanak ke remaja namun mengakui transisi dari fasa remaja ke dewasa agak sukar.

Sebab kalau kita tengok pelakon kanak-kanak lain macam Aedy Ashraf dan Shaheizy Sam pernah diam seketika sebelum buat comeback.

Dalam pada itu, Fimie turut mendedahkan dia kerap menerima krtitikan mengatakan dia tidak sesuai untuk membawa watak menjadi lelaki dewasa.

Kadang saya terasa juga, muka saya tak sesuai jadi adult sebab agak babyface.

Bagaimanapun, Fimie atau nama sebenarnya Shafimie Saedon turut memaklumkan bahawa dia pernah membawa watak yang tidak sesuai dengan usianya namun merasakan dia telah menjayakan watak itu dengan baik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Jangan Cakap Kami Tak Ajar" - Adik Sering Dikecam Seksi, Sharifah Shahirah Suruh Bagi Masa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...