Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon kanak-kanak yang popular menerusi drama bersiri ‘Hiyakat Putera Shazlan’ iaitu Fimie Don.
Pelakon yang kini berusia 24 tahun itu mendedahkan bahawa masih ada yang memanggilnya dengan gelaran watak tersebut walaupun hampir 12 tahun drama bersiri itu ditamatkan.
Dia macam Harry Potter. Sampai harini orang panggil Daniel Radcliff sebagai Harry Potter. Sama dengan saya, sampai sekarang orang panggil saya Hikayat Putera Shazlan.
Menurut Fimie, dia sudah mengalami transisi dari kanak-kanak ke remaja namun mengakui transisi dari fasa remaja ke dewasa agak sukar.
Sebab kalau kita tengok pelakon kanak-kanak lain macam Aedy Ashraf dan Shaheizy Sam pernah diam seketika sebelum buat comeback.
Dalam pada itu, Fimie turut mendedahkan dia kerap menerima krtitikan mengatakan dia tidak sesuai untuk membawa watak menjadi lelaki dewasa.
Kadang saya terasa juga, muka saya tak sesuai jadi adult sebab agak babyface.
Bagaimanapun, Fimie atau nama sebenarnya Shafimie Saedon turut memaklumkan bahawa dia pernah membawa watak yang tidak sesuai dengan usianya namun merasakan dia telah menjayakan watak itu dengan baik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.