Penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani telah dilantik sebagai hero di dalam sebuh drama terbitan A. Aida Production berjudul Bukan Hanya Sekadar Cinta.
Difahamkan, anak kepada penyanyi veteran, Datin Suliza Salam itu digandingkan dengan pelakon, Sofia Dendroff yang memegang watak sebagai Indah Kamelia di dalam drama tersebut.
Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok video potongan babak dalam drama tersebut memaparkan lakonan aksi romantis Ismail bersama Sofia.
Menerusi video tersebut, Ismail yang melakonkan watak sebagai Isa Rafael dilihat memeluk erat pinggang heroin ketika sesi photoshoot pada hari perkahwinan mereka.
@miniredeyla Epi 4 guys #bukanhanyasekadarcinta #aaidaproduction #akasiatv3
Meninjau di ruangan komen, ramai penonton yang mempersoalkan pengambilan Ismail sebagai pelakon dan mengatakan dia tidak sesuai menjadi hero di dalam drama tersebut.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengatakan wajah penyanyi berusia 23 tahun itu kelihatan seperti watak kanak-kanak popular Jepun iaitu Nobita.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.