“Muka Macam Kutu Rayau Tapi Otak Geliga” – Netizen Terpesona Dengan Kecerdikan Ahli S.O.G Nazrin & Nazmin

Hiburan

“Muka Macam Kutu Rayau Tapi Otak Geliga” – Netizen Terpesona Dengan Kecerdikan Ahli S.O.G Nazrin & Nazmin

Selepas tular dengan kemahiran menyelesaikan soalan Matematik secara pantas dan tepat, dua ahli kumpulan Sekumpulan Orang Gila (S.O.G), iaitu Raja Nazrin Shah dan Raja Nazmin Shah kembali mencuri tumpuan netizen.

Kali ini, dua beradik itu mempamerkan kebolehan luar biasa mereka dalam bidang geografi pula apabila berjaya meneka nama negara-negara dunia dengan hanya melihat pada bentuk peta.

Advertisement

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh akaun @tekatrivia di media sosial, Nazrin dan Nazmin dilihat menjawab semua soalan berkaitan peta negara dengan sangat pantas dan tanpa sebarang kesilapan.

Lebih mengagumkan, mereka mampu memberikan jawapan secara spontan sebaik sahaja imej peta sesuatu negara dipaparkan kepada mereka.

Perkongsian tersebut terus meraih perhatian ramai, dan ruangan komen dipenuhi dengan pujian serta keterujaan warganet terhadap kebijaksanaan dua beradik itu.

Rata-rata memuji tahap pengetahuan am mereka yang luar biasa dan ada juga yang berseloroh mahu “tukar otak” dengan mereka kerana terlalu kagum dengan kemampuan luar biasa yang ditunjukkan.

Dua beradik ini sekali lagi membuktikan bahawa anggota kumpulan muzik bukan sahaja berbakat dalam seni, malah turut memiliki daya intelek yang tinggi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

awie nafi pukul shila amzah
2025-07-11 15:20:25

Awie Nafi Serang Shila Amzah - “Merangkaklah Cari Saya di Akhirat Nanti, Fitnah Itu Dosa Besar”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...