“Muka Macam Intan Najuwa” – Sufian Suhaimi Dah Selamat Merisik Wanita Bergelar ‘Sayang’

Hiburan

“Muka Macam Intan Najuwa” – Sufian Suhaimi Dah Selamat Merisik Wanita Bergelar ‘Sayang’

Penyanyi Sufian Suhaimi dilaporkan ada menghantar rombongan merisik kepada keluarga teman wanitanya yang dikenali sebagai ‘Sayang’, semalam.

Menerusi satu hantaran video TikTok ini, ibu Sufian dilihat menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan.

Advertisement

Di akhir video, turut kelihatan Sufian yang mengambil gambar berdua bersama ‘Sayang’ setelah selesai upacara merisik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menzahrkan perasaan gembira dan pakat mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu.

Ramai juga yang memuji kekasih Sufian yang kelihatan anggun dalam persalinan berona lembut.

Malah, ada juga yang mengatakan raut wajah wanita itu seiras dengan pelakon Intan Najuwa.

Terdahulu, pelantun lagu Di Matamu itu mengakui hatinya sudah dimiliki oleh seorang wanita sejak tahun lalu namun enggan mendedahkan siapa sebenarnya identiti kekasihnya.

Sufian sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon Elfira Loy pada tahun 2017 namun ikatan itu terlerai empat bulan kemudian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuk sahar hafidz roshdi
6 months ago

"Tak Payah Sibuk Hal Orang La" - Isu Hafidz Roshdi Beri Nafkah Anak Sikit, Komen Shuk Sahar Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...