“Muka Lawa Tapi ‘Bawah’ Bersawang Dan Berbau..” Syatilla Melvin Tak Sabar Nak Lancar Produk Jamu ‘Pengasih’ Kepada Peminat

Hiburan

“Muka Lawa Tapi ‘Bawah’ Bersawang Dan Berbau..” Syatilla Melvin Tak Sabar Nak Lancar Produk Jamu ‘Pengasih’ Kepada Peminat

Sementelah kejayaan produk kosmetik Kekasih by The Melvins, pelakon cantik yang juga isteri kepada pelakon Shaheizy Sam, Syatilla Melvin bakal melancarkan produk jamunya sendiri yang diberi nama Pengasih.

Menurut Syatilla, dia tidak sabar untuk berkongsi kebaikan khasiat jamu yang dihasilkan bersama ramuan terbaik, hasil daripada pengalamannya sendiri serta turut mendapat nasihat daripada golongan bertauliah.

Advertisement

Dalam pada itu, dia juga mengakui pelancaran produk barunya itu turut mendapat sepenuh sokongan daripada suaminya, Shaheizy Sam.

Telah mengambil jamu sejak usianya mencapai belasan tahun, bekas peserta Dewi Remaja sezaman Neelofa ini mendakwa dia mendapat kesan yang baik dan disebabkan itu, Syatilla ingin berkongsi kebaikan jamunya itu kepada wanita di luar sana.

“Benar, saya amal jamu sejak usia 15 tahun ketika bekerja di salun milik makcik yang menjual barang berkenaan. Saya cuba dan menyukainya sehingga sekarang. Boleh rasa sendiri impaknya ketika bujang dan sekarang. Rasa lebih bertenaga, malah dapat rasa perbezaan dari segi dalaman, apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak. Dapat juga jaga hubungan suami isteri. Jadi bagi saya ianya sangat mebantu dari segi hubungan suami isteri..”

Dalam pada itu, Syatilla tidak menyangkal ramai pasangan di luar sana bercerai dan berpisah akibat daripada faktor dalaman seperti hubungan suami isteri yang tidak memuaskan dan juga hal-hal yang lain. Disebabkan oleh perkara itu, dia terdorong untuk melancarkan jamu Pengasih ini agar dapat membantu pasangan di luar sana mencapai keharmonian rumah tangga.

Ibu kepada dua orang anak ini turut beranggapan bahawa penjagaan bahagian intim perlu dititikberatkan oleh kaum wanita.

“Ramai je muka lawa tapi ‘bawah’ bersawang dan berbau. Jadi saya kalau boleh nak didik golongan hawa untuk seimbangkan di antara kecantikan dalaman dan luaran. Jangan hanya banyak melabur pada kecantikan luaran tapi dalaman terbiar,”

Sekadar info, Syatilla dan Shaheizy Sam telah selamat diijabkabul pada Februari 2016 dan kini bahagia dengan kehadiran dua orang anak iaitu Sheriv Samheizy,3, dan Sarima Samheizy yang kini berusia 2 tahun.

Sumber: Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...