“Muka Kau Dulu Macam Mana Pula..” – Tak Makan Saman, Nabil Ahmad Gurau ‘Face Shaming’ Pulak Kali Ni

Hiburan

“Muka Kau Dulu Macam Mana Pula..” – Tak Makan Saman, Nabil Ahmad Gurau ‘Face Shaming’ Pulak Kali Ni

Semasa siaran langsung program realiti All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad, pengacara Nabil Ahmad sekali lagi dibidas oleh warganet dan penonton kerana gurauan kasar yang dilontarkan kepada rakan pengacaranya, Jihan Muse.

Pada awalnya, Nabil bertanyakan kepada Jihan jika sebelum ini pernah didekati oleh mana-mana lelaki yang ingin meluahkan rasa cinta kepadanya. Namun, selepas itu Nabil berkata mesti tiada siapa yang inginkan Jihan kerena mukanya dahulu.

Advertisement

Kau pernah ada lelaki kata dia ada crush dekat kau?

Mestilah tak ada, muka kau dulu macam mana pula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Walaupun rata-rata tahu mereka hanya lah bergurau memandangkan masing-masing telah lama berkawan dan berkerja sama, tetapi ungkapan Nabil itu masih tidak patut dikatakan.

Tambah warganet lagi, gurauan pengacara berumur 40 tahun itu seolah-olah face-shaming temannya dan dilabel tidak sensitif oleh penonton. Oleh itu, ramai yang menganggap mana-mana pengacara haruslah mempunyai etika ketika tampil di layar kaca televisyen.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nabil ahmad
6 months ago

"Mungkin Awak Di Saluran Yang Salah" - Nabil Ahmad Akan Terus Melawak, Tiada Paksaan Untuk Orang Tonton Aksinya Di Pentas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...