Semasa siaran langsung program realiti All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad, pengacara Nabil Ahmad sekali lagi dibidas oleh warganet dan penonton kerana gurauan kasar yang dilontarkan kepada rakan pengacaranya, Jihan Muse.
Pada awalnya, Nabil bertanyakan kepada Jihan jika sebelum ini pernah didekati oleh mana-mana lelaki yang ingin meluahkan rasa cinta kepadanya. Namun, selepas itu Nabil berkata mesti tiada siapa yang inginkan Jihan kerena mukanya dahulu.
Kau pernah ada lelaki kata dia ada crush dekat kau?
Mestilah tak ada, muka kau dulu macam mana pula.
View this post on Instagram
Walaupun rata-rata tahu mereka hanya lah bergurau memandangkan masing-masing telah lama berkawan dan berkerja sama, tetapi ungkapan Nabil itu masih tidak patut dikatakan.
Tambah warganet lagi, gurauan pengacara berumur 40 tahun itu seolah-olah face-shaming temannya dan dilabel tidak sensitif oleh penonton. Oleh itu, ramai yang menganggap mana-mana pengacara haruslah mempunyai etika ketika tampil di layar kaca televisyen.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.