Muka Jururawat Melecur Selepas Pakai Mask Diguna Semula Yang Dibasuh Dengan Peluntur

Trending

Muka Jururawat Melecur Selepas Pakai Mask Diguna Semula Yang Dibasuh Dengan Peluntur

Kulit wajah seorang jururawat melecur akibat memakai mask yang telah dibersihkan dengan peluntur. Difahamkan, kejadian tersebut telah berlaku di sebuah hospital yang terletak di bandar Karabanovo di wilayah barat Vladimir, Russia.

Selepas kejadian itu berlaku, jururawat, Olga Ovinnikova telah mendakwa bahawa hospital tempat merawat pesakit COVID-19 itu telah membersihkan seluruh kelengkapan Peralatan Perlindung Peribadi (PPE) menggunakan peluntur kemudian diberikan kepada kakitangan di sana.

Advertisement

Jururawat itu percaya kulitnya rosak akibat bahan kimia beracun yang masih tersisa di topeng yang dipakainya. Jelasnya lagi, beliau sudah merasa pedih seperti terbakar di wajahnya apabila baru satu jam memakai mask itu. Namun, disebabkan peraturan tidak boleh menanggalkannya dan hanya bertahan sepanjang waktu bekerja.

”Setelah tugasan saya berakhir, saya menanggalkan topeng dan melihat wajah saya yang cedera.”

Jururawat

Beliau telah pun memberitahu pihak pentadbiran hospital mengenai kejadian itu dan meminta bantuan perubatan tetapi sebaliknya dia hanya dihantar pulang ke rumah.

Disebabkan keadaannya semakin teruk pada keesokkan paginya, beliau akhirnya pergi sendiri ke traumatologist untuk mendapatkan rawatan dan mendapati luka melecur itu telah berada di tahap kedua.

Advertisement

jururawat

gambar hiasan

Keadaannya dikatakan menjadi semakin teruk apabila beliau sukar untuk bernafas dan mukanya semakin bengkak teruk dan menyakitkan.

Perkara ini dikatakan turut berlaku pada salah seorang kakitangan di hospital itu. Namun, kebenaran tentang perkara ini masih tidak dapat diketahui, memandangkan Ketua hospital Emmanuil Zdanovsky, telah menolak segala tuduhan berkenaan kaedah guna semula peralatan PPE di hospital itu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...