Pelakon berbangsa Cina yang fasih berbahasa Melayu, Alvin Chong nampaknya semakin dikenali setelah membintangi drama fenomena, Takdir Yang Tertulis (TYT), baru-baru ini.
Namun, meskipun usianya kini mencecah 30 tahun, memiliki wajah yang ‘jambu’ dan awet muda barangkali merupakan sebuah kelebihan dan juga kekurangan dalam satu masa yang sama.
Manakan tidaknya, di sebalik wajah muda kurniaan Tuhan yang diberikan, Alvin yang ditemui media memberitahu di seringkali berdepan kesukaran untuk mendapat karakter yang lebih matang sehingga membuatkan dia hilang sengat buat seketika.
Nyata, menerusi drama TYT dia yang memegang watak peguam muda itu telah berjaya menambat hati penonton malah lakonannya kini kelihatan semakin matang dan mantap setelah hampir lima tahun kemunculannya menerusi drama Suri Hati Mr Pilot, tidak lama dahulu.
Menurut penyanyi lagu Sayangku Salmah ini lagi, dia tidak dapat menafikan bahawa faktor rupa paras yang terlalu muda menyebabkan ada sesetengah penerbit kurang yakin terhadap dirinya.
View this post on Instagram
“Ada yang beranggapan saya tidak mampu membawa karakter matang dan serious. Bagaimanapun, ia bukanlah menjadi penyebab utama saya jarang muncul di kaca TV. Selain berlakon, saya juga seorang penyanyi. Ada ketikanya saya terlalu sibuk memberikan tumpuan kerjaya nyanyian di luar negara. Sebelum ini, saya banyak menerima undangan menyanyi untuk festival muzik di Thailand, Vietnam dan Filipina. Kesibukan dunia nyanyian menyebabkan saya terpaksa memperlahankan aktiviti lakonan.”
Alvin yang juga pelakon drama Dia Semanis Honey 2016 dalam pada itu menjelaskan bahawa dirinya harus versatil dan tidak boleh terlalu memilih watak untuk dibawa dalam sesebuah drama memandangkan negara sedang dilanda pandemik sekaligus telah menyebabkan perjalanan industri seninya terbantut seketika.
View this post on Instagram
Dia turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pengarah, Shahrulezad (Budak Ijat) kerana watak Ean dalam TYT seumpama telah memecahkan tembok kerjaya lakonannya.
Alvin yang pada mulanya hampir menolak tawaran berlakon drama tersebut berikutan desas-desus mengatakan Shahrulezad seorang yang tegas ketika di lokasi penggambaran serta bimbang akan kemampuan diri sendiri membawakan watak itu ternyata omong kosong belaka.
View this post on Instagram
“Dakwaan sesetengah orang mengenai Shahrulezad nyata tidak benar sama sekali. Benarlah kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Kita tidak boleh menghukumi seseorang tanpa mengenal secara mendalam mengenai dirinya. Saya memang terhutang budi dengan pengarah hebat ini. Pelakon lain seperti Nad Zainal dan Nazim Othman juga banyak membantu dan tidak lokek berkongsi ilmu lakonan. Shahrulezad sangat penyabar dan banyak membimbing saya untuk menjadikan watak Ean menonjol.”
Mengakhiri temubual, Alvin berkata sepanjang lima tahun dirinya terlibat dalam dunia lakonan, dia berpuas hati dengan penerimaan orang ramai meskipun watak yang diberi agak terhad. Kini, memandangkan negara sedang berada dalam tempoh PKP, Alvin memberitahu bahawa dia akan akan lebih fokus dalam bidang lakonan di samping mengasah bakat dan mendalami watak dengan lebih serius.