Pelakon dan usahawan muda, Harissa Adlynn, mengakui pernah menghadapi situasi kurang selesa semasa sesi penggambaran apabila berpasangan dengan pelakon yang tidak menjaga kebersihan diri.
Harissa, 21, berkata kejadian itu memberi impak kepada atmosfera lokasi penggambaran dan menjadi cabaran besar baginya atas sebab bau badan.
Saya dah berjumpa dengan ramai orang yang tidak menjaga hygiene. Ada saja aktor kacak yang berbau, tapi saya tak akan cakap siapa..
Dia mendedahkan, ketika adegan memerlukan mereka berdempet atau berdiri dekat dalam frame, dia terpaksa mengawal nafas demi mengekalkan mutu lakonan.
Bila berlakon dengan seseorang itu, kadang-kadang positioning in frame kena dekat, bau orang tu tidak menyenangkan jadi saya terpaksa tahan..
Daripada menegur secara terus, Harissa memilih pendekatan tidak langsung, membuka perbualan tentang deodorant atau parfum dengan harapan rakan pelakon mengambil isyarat.
Saya akan buat secara indirectly. Contoh macam cakap pasal perfume, dengan harapan dia dapat hint itu.
Bagi Harissa, menjaga kebersihan tubuh dan mulut adalah sebahagian daripada profesionalisme seorang pelakon, bukan sekadar soal penampilan.
“Saya selalu pesan dekat co‑star, team wardrobe kalau saya ada bau pelik, bau ketiak atau kepam, tolong beritahu … smelling good is important. Itu tanggungjawab kita supaya pasangan pelakon selesa.” ujarnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.