Muka Disimbah Asid Lepas Luah Hasrat Nak Berpoligami, Mangsa Maafkan Bekas Isteri.

Trending

Muka Disimbah Asid Lepas Luah Hasrat Nak Berpoligami, Mangsa Maafkan Bekas Isteri.

Tuan Azaman Tuan Ludin, 44, menjadi mangsa simbahan asid yang terjadi pada 12 tahun lalu telah menyuarakan hasratnya ingin berpoligami kepada bekas isterinya.

Advertisement

Akibat dari itu, bahagian muka sebelah kirinya hingga ke leher mengalami melecur teruk dan cacat.

Kejadian itu berlaku pada tahun 2005 dan menyebabkan dia terpaksa berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama tiga tahun untuk mendapatkan rawatan pemulihan wajahnya.

Menurut Tuan Azaman lagi, keadaan wajahnya semakin baik tetapi masih lagi sensitif sehingga dia tidak boleh sebarang makanan seperti makanan laut.

Isterinya, Noraimi Ghazali, 33, yang dikahwini setahun selepas insiden itu berlaku banyak berkorban dan memberi semangat kepadanya.

“Selepas kejadian itu, saya sukar terima kenyataan terutama apabila muka saya cacat namun Noraimi banyak berkorban dan beri kata-kata semangat.”

“Dia juga tidak merungut atau malu dengan keadaan saya yang tidak sempurna. Saya sangat menghargainya dan bersyukur.

Pelakunya yang juga bekas isterinya itu, telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara  lima tahun dan kini Tuan Azaman sudah memaafkannya dengan sokongan dan nasihat dari isterinya sekarang.

“Walaupun saya disimbah asid di muka hingga mencacatkan sebahagian wajah, saya tidak berdendam dengan bekas isteri.

“Sudah lama saya maafkan dia (bekas isteri) kerana mahu hidup dengan tenang dan bahagia bersama isteri sekarang,” kata Tuan Azaman Tuan Ludin.

Sumber : Harian Metro Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...