May 21st, 2015

Aktres yang sering dipuji kerana wajahnya yang cantik, Emma Maembong kini sedang berhadapan dengan masalah kulit dan jerawat yang agak teruk sehinggakan ada beberapa pihak menyebarkan khabar angin bahawa mungkin Emma sudah terkena buatan orang.

Menyedari perkara tersebut agak subjektif untuk dibicarakan, Emma enggan memberikan sebarang komen berhubung isu beliau kena buatan orang. Namun, beliau sendiri menyifatkan ia sebagai satu situasi yang pelik kerana tidak pernah mengalami masalah jerawat yang teruk sebelum ini.

Emma tidak berani untuk komen lebih-lebih tentang perkara ini. Tetapi ia satu situasi yang pelik kerana sebelum ini Emma tidak pernah mempunya masalah jerawat yang teruk. Tetapi dalam tempoh setahun ini, tiba-tiba kulit muka Emma ditumbuhi jerawat yang banyak sehingga kulit muka Emma terkoyak.

Emma juga telah menjalani banyak ujian darah dengan doktor dan mereka mengesahkan bahawa darah Emma bersih. Ia turut memberi kesan kepada kerjaya Emma. Tetapi dalam hal ini, Emma cuba berfikiran positif dan insya-Allah semuanya akan kembali baik.

Berbicara soal hubungan beliau bersama aktor Kamal Adli, Emma tidak akan menolak ketentuan takdir sekiranya jodoh beliau sudah tertulis bersama Kamal. Setakat ini Emma menganggap hubungan mereka hanya sebagai seorang rakan dan tidak mahu merancang apa-apa.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan kulit kita berjerawat dengan teruk. Tidak semestinya ia merupakan perbuatan sihir seseorang, mungkin Emma tidak perasaan apa-apa produk yang digunakan oleh beliau agak sensitif dengan kulitnya.

Sumber Berita: Media Hiburan

 


Comments are closed.

Loading...