Muka Dikatakan Mirip Shah Rukh Khan, Netizen Terkejut Lihat Wajah Sebenar Milik Lelaki Ini

Trending

Muka Dikatakan Mirip Shah Rukh Khan, Netizen Terkejut Lihat Wajah Sebenar Milik Lelaki Ini

Baru-baru ini di media sosial kecoh dengan gambar lelaki yang dikatakan mirip dengan pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan. Sehinggakan ada yang menggelar lelaki ini sebagai Shah Rukh Khan versi Temerloh. Tak dinafikan, gambar-gambar yang dikongsikan Fendi Ismail ini menunjukkan wajahnya ada iras bintang popular itu.

Namun, lelaki dari Temerloh, Pahang ini tidak sangka perkongsiannya itu menjadi tular dan mendapat perhatian ramai. Ketika memuatnaik gambar tersebut, dia hanya berniat mahu bergurau sahaja dan tidak sangka ianya diambil serius sehingga para wartawan turut menghubunginya.

Advertisement

Hakikatnya, itu bukanlah wajahnya yang sebenar kerana dia hanya menggunakan aplikasi FaceApp sahaja untuk mengubah wajahnya. Dia sendiri tidak sangka hasil ‘edit’ tersebut kena dengan wajahnya dan tidak nampak seperti disunting langsung. Malah, gambar tersebut juga menampakkan wajahnya lebih muda daripada usia sebenar.

Susulan isu tular itu, ramai yang menuduhnya ‘menipu’ kerana wajah sebenarnya langsung tidak sama dengan pelakon Bollywood itu. Dia yang mula sedar isu ini semakin mendapat perhatian ramai telah memuatnaik video baru di Facebook miliknya dan memberitahu perkara sebenar.

Dia turut memberitahu sejak gambarnya itu tular, ramai yang mula mengikutinya di Facebook tetapi kecewa apabila mendapat tahu gambar tersebut hanyalah ‘edit’ semata-mata. Namun, biro media korporat di Masjid Temerloh Jaya ini memberitahu ianya sedikit sebanyak membantunya dalam aktiviti kebajikan yang dilakukannya.

Dia yang juga merupakan peniaga roti canai ini bersama-sama AJK yang lain sering kali memberi bantuan kepada penduduk sekitar menerusi sumbangan daripada orang ramai. Selepas gambarnya itu tular, ramai yang mahu ikut sama membantu dalam aktiviti kebajikan yang dilakukan olehnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...