“Muka Dia Bertukar Biru..” – Tinggalkan Adik Sebab Nak Main Bola, Abang Menyesal Sampai Sekarang

Kehidupan

“Muka Dia Bertukar Biru..” – Tinggalkan Adik Sebab Nak Main Bola, Abang Menyesal Sampai Sekarang

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Redza Aydan telah berkongsi kisah sedih yang menimpanya ketika dia baru berusia 8 tahun.

Menerusi ciapan tersebut, Redza meluahkan rasa kesal yang dirasainya sehingga kini atas pemergian adiknya.

Advertisement

Difahamkan, dia sepatutnya menjaga adiknya kerana ibu bapanya mempunyai urusan lain, namun dia mengambil keputusan untuk bermain bola sepak dan meninggalkan adiknya di rumah.

adik

Bagaimanapun, setelah pulang dari bermain bola sepak, dia mendapati ramai orang telah mengelilingi rumahnya kerana adiknya telah terkunci di dalam rumah.

adik

Malam selepas kejadian tersebut, ibunya mula panik apabila wajah adiknya bertukar biru dan mereka sekeluarga segera membawanya ke klinik.

adik

Namun, adiknya telah disahkan meninggal dunia dipercayai akibat terakan racun tikus ketika ditinggalkan seorang diri di rumah.

Susulan itu, Redza berkata sehingga sekarang dia menjadi serba salah kerana perbuatannya meninggalkan adik untuk bermain bola sepak menjadi punca kematian arwah.

adik

Bukan tu sahaja, Redza turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah adiknya dan mengatakan sekiranya arwah masih hidup hari ini, dia merupakan insan yang paling disayanginya.

adik

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

isteri mengidam minum arak
2 years ago

"I Tak Main-Main, I Nak Tahu Rasa Dia" - Isteri Mengidam Nak Minum Arak, Suami 'Pening' Nak Layan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...