Bagi korang yang membesar dengan menonton rancangan sensasi Melodi, semestinya kenal dengan sosok ini yang terkenal dengan jolokan nama ‘Abang Nas Terjah’.
Bagaimanapun, sekian lama kita tidak melihat kemunculan wartawan ‘legend’ ini dalam mana-mana program di kaca televisyen.
Terbaru, pengacara dan penulis lirik Ahmad Fedtri Yahya ada memuat naik tentang keadaan terkini Nas Ahmad dan ramai terkejut melihatnya.
Menerusi gambar yang dikongsi, Nas atau Mohd Nasir Ahmad kelihatan cengkung namun Fedtri tidak menjelaskan dengan lebih terperinci tentang keadaan sebenarnya sebaliknya hanya memaklumkan secara ringkas.
Difahamkan, beliau diuji dengan masalah jantung.”
Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau diuji dengan masalah jantung. pic.twitter.com/LFmHaTPB1l
— Fedtri Yahya (@fedtriyahya) January 4, 2023
Nas dikhabarkan sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas mendapatkan rawatan beberapa hari akibat masalah jantung dialaminya dan kini sedang berehat di rumah.
Pada awal Disember lalu, Nas ada memuat naik di Instagram menunjukkan dia perlu berjalan dengan sokongan tongkat, dipercayai kerana faktor kesihatan.
Ramai netizen termasuklah artis terkejut melihat keadaan terkini Nas dan mendoakan kesejahteraan serta kesihatan wartawan veteran tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.