Muka Berubah Kerana Pengambilan Steroid Bukannya Botoks – Sharifah Aini

Hiburan

Muka Berubah Kerana Pengambilan Steroid Bukannya Botoks – Sharifah Aini

Muka Sharifah Aini sememangnya sentiasa menjadi topik perbualan di kalangan peminatnya. Mana taknya, wajah terbaru Kak Pah kelihatan semakin berisi dan kembung. Sekali tengok memang macam Kak Pah ambil suntikan botoks. Nampak sembam semacam je muka Kak Pah.

sharifah aini

Advertisement

Namun ternyata perkara tersebut tidak benar. Menurut Kak Pah, perubahan wajahnya berlaku kerana pengambilan steroid ekoran mengalami jangkitan paru-paru enam bulan lalu. Kata Kak Pah kepada Mstar Online:-

Memang muka Kak Pah kelihatan berisi dan mengembung kerana kesan daripada pengambilan steroid yang akan menyebabkan muka jadi ‘sembab’ dan bukannya kerana membuat apa-apa suntikan botoks ataupun lain-lain. Sebelum ini keadaan muka Kak Pah kelihatan lebih bengkak berbanding sekarang kerana pengambilan hampir 80 miligram steroid tetapi ia sudah beransur surut kerana pengambilan ubat tersebut telah dikurangkan kepada 5 miligram sahaja

sharifah aini

Menurut Kak Pah, amalan penjagaan wajah sejak berusia 18 tahun menyebabkan wajahnya nampak jauh lebih muda berbanding usia. Kata Kak Pah lagi:-

Orang mungkin mempertikaikan perkara itu tetapi amalan saya yang menjaga wajah sejak muda banyak membantu dan memberi kesan kepada usia sekarang. Orang tidak tahu cerita, mereka mula menuduh perkara yang mereka sendiri tidak tahu keadaan sebenar. Tidak baik buruk sangka terhadap orang lain.

Abang Nara sekarang pun sedang mencuba untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih halus dan mulus. Walaupun tak start penjagaan daripada umur 18 tahun macam Kak Pah, Abang Nara masih sempat untuk diri ini tampil lebih kacak. Kalau boleh diharap Kak Pah akan terbitkan buku untuk berkongsi teknik kecantikan yang diamalkan. Pasti ramai nak membacanya. Tak gitu?

ephanyP.S: Mahukan kulit jadi lebih halus, cerah dan berseri? Ingikan badan yang lebih bertenaga? Impikan rambut yang lebih kuat dan lembut? Anda boleh dapatkan kesemuanya dengan supplemen Ephyra ini. Terbukti berkesan seawal 10 hari. Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh LIKE Facebook Ocean2U, layari www.oceanlife2u.com, email ke [email protected] atau telefon terus ke 03-4141-7889.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...