April 14th, 2020

Selepas dihimpit kontroversi apabila memuat naik rakaman video insiden di perkarangan unit kecemasan sebuah hospital yang viral baru-baru ini, bintang Akademi Fantasia iaitu Shahir memuat naik pula foto wajahnya yang kelihatan sedikit bengkak.

muka shahir bengkak bernanah

Menurut Shahir, sebahagian wajahnya mengalami kebas dan pembengkakan itu sudah mulai surut. Enggan orang ramai terus mengecam dirinya, Shahir menjelaskan salah faham bahawa fotonya itu bukanlah senyum sinis seperti yang didakwa, tetapi bahagian kanan wajahnya dipenuhi nanah dan menyebabkan senyumannya senget.

Mungkin ada salah faham gambar saya post seolah-olah senyuman sinis. Tidak, memang bahagian kanan muka saya sebenarnya dipenuhi nanah.

muka shahir bengkak bernanah

Jadi bengkak dan kebas di dalam. Sebab itu senyum tu senget begitu. Saya masih dalam tempoh rawatan.

Rata-rata netizen mula bersimpati dengan nasib yang dialami oleh penyanyi itu dan risau dengan keadannya. Mereka memintanya untuk memandag serius perkara itu dan segera mendapatkan rawatan kerana ada simptom masalah Bell’s Palsy.

muka shahir bengkak bernanah muka shahir bengkak bernanah muka shahir bengkak bernanah

Terdahulu, Shahir meluahkan rasa kesal apabila dia tidak diterima untuk berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan selepas mengalami demam selama tiga hari. Bagaimanapun, Shahir dikecam ramai dan tindakannya merakam video di ruang kecemasan hospital adalah salah.

Bagaimanapun, Shahir menjelaskan dia tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak tetapi tindakannya itu adalah untuk mewakili individu lain yang turut menerima nasib sama.

Sumber Berita : Astro Gempak


5 responses to “Muka Bengkak & Bernanah, Netizen Risau Keadaan Shahir”

  1. Muhammad suhaimi bin alias Suhaimi says:

    Sebelum komen apa2 tu fikir laaa dulu ye nana says guna otak awak tu hari ni kena kat muka abg shahir mungkin esok lusa kena kat muka awak baru awak tahu…dia pergi malam sebab tak tahan sakit sangat awak tahu tak…ok kalau awak sakit sangat kan pastu malam dah pukul 12 malam camtu awak takyah gi klinik kalau awak gi klinik kami semua ketuk kepala awak ye… Semoga allah tu bagi kesedaran kepada orang macam awak ni….tak habis2 nak buat dosa… Ingat think before you say anything….

  2. S says:

    Semoga yg baik dtgnya dri Allah .. yg buruk dari diri Kita sendri .. stop talk whatever thing .. sama sama Kita doakan yg trrbaik utk semua. Aminnn

  3. nana says:

    anon 5.57 pm. kebodohan tu simpan2 la sikit untuk hari tua. awal2 dh tunjuk tak cerdik. sekarang tgh musim covid-19, aku lg la kerja hr bwk staff tak sihat. kau g la dlu ke klinik swasta atau kk. dh tau sakit g la siang2. aku pun tak berani bwk direct hospital sbb nk elakkan jangkitan lain. BUKAN PASAL DOSA KERING TP GUNA LA LOGIK AKAL, JANGAN LA JAHIL TAK BOLEH DIAJAR.

  4. Siti says:

    Propa… Haha mmg Propa je mamat ni. Kejadah apa bengkak mcm tu. Cuba korang senyum sebelah, nampak serua tak

  5. Anonymous says:

    Someone: *smirk*

    Netizen: ” Pergi farmasi atau klinik kesihatan la! jangan menyusahkan hospital! ”

    Devil: “Yeehaw, dah kena dosa kering!!”

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...