Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan membuat satu pengumuman penting pada esok bersamaan 16 Ogos 2021.
Sebentar tadi, Mesyuarat MPT berlangsung selama dua jam dan dipengerusikan oleh Muhyiddin sendiri yang dikatakan membincangkan apa yang akan terjadi kepada kerajaan sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan.
“Insya Allah ada pengumuman esok, apa pun kita tunggu lah” – katanya ketika ditemui media
Turut dihadiri Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ahli MPT, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Kamarudin Jaafar, Datuk Mansor Othman, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Datuk Mohd Rashid Hasnon.
“Perdana Menteri telah meneliti beberapa pilihan…dan langkah yang diambil semuanya semata-mata untuk kepentingan rakyat terhadap krisis hari ini.”
“Ini bila kita nampak ada segolongan yang tidak bertanggungjawab untuk memastikan nasib rakyat digadaikan.”
Apapun, kita tunggu sehingga pengumuman yang dijangka berlangsung pada esok oleh Perdana Menteri sendiri ya.