Muhyiddin Yassin Bakal Jadi Antara Individu Terawal Terima Suntikan Vaksin COVID-19

COVID-19

Muhyiddin Yassin Bakal Jadi Antara Individu Terawal Terima Suntikan Vaksin COVID-19

Mahu meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara selamat dan berkesan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19.

Tambahnya lagi, akan diikuti oleh petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik.

Advertisement

Ujar Muhyiddin, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang sudah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin akan memastikan bekalan vaksin dapat diperoleh pada kadar segera.

“Kerajaan menjangkakan bekalan pertama sejuta dos vaksin daripada Pfizer akan diterima dan mula diberikan kepada kumpulan sasaran seawal Februari 2020.”

Menurut laporan Harian Metro, selain mengingatkan rakyat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, beliau juga mendedahkan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan akan terus memantau keberkesanan dan keselamatan vaksin itu dalam kalangan penerima.

“Sekali lagi saya ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama menghayati dan membudayakan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian walaupun selepas kita menerima bekalan dan suntikan vaksin.Kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu kerana virus ini telahpun berada dalam komuniti.”

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...