Muhyiddin Yassin Akui PRN Sabah Punca Kes Covid-19 Meningkat, Tiada Rancangan Untuk Jalankan PKP Secara Menyeluruh

COVID-19

Muhyiddin Yassin Akui PRN Sabah Punca Kes Covid-19 Meningkat, Tiada Rancangan Untuk Jalankan PKP Secara Menyeluruh

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah merupakan antara punca peningkatan kes positif Covid-19 di negara ini.

Menerusi perutusan khas sebentar tadi, PRN terpaksa dilaksanakan apabila Yang di-Pertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lalu.

Advertisement

Dedah Muhyiddin lagi, PRN tidak dapat dielakkan berikutan tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan dan perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh DUN dibubarkan.

Selain itu, dalam ucapannya, Muhyiddin menegaskan bahawa tiada isu pilih kasih dalam isu kuarantin. Malah meminta orang ramai supaya tidak mudah menunding jari kepada mana-mana pihak.

Sementara itu, pihaknya juga turut akui, ventilator, PPE serta ubat-ubatan masih mencukupi bagi merawat pesakit COVID-19 dalam negara.

Justeru, beliau tampil memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau total lockdown tidak akan dilaksanakan secara menyeluruh kerana kuatir mampu menjejaskan ekonomi negara. Bagaimanapun, PKP secara bersasar bakal dijalankan pada kawasan yang mempunyai kes COVID-19 yang tinggi.

Rentetan itu, beliau turut memaklumkan sekatan perjalanan keluar dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan bakal dikuatkuasakan bermula 12 Oktober hingga 25 Oktober ini.

Muhyiddin menyeru orang ramai agar tidak mudah panik serta menyebarkan berita palsu kepada orang ramai.

Perutusan ini dijalankan susulan jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat sekaligus mencatatkan angka tertinggi dalam satu hari dengan jumlah kes sebanyak 691 kes.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...