‘Muhyiddin Layak Jadi Perdana Menteri Ke-11’ – Bersatu Sokong Kepimpinan ‘Abah’

Kehidupan

‘Muhyiddin Layak Jadi Perdana Menteri Ke-11’ – Bersatu Sokong Kepimpinan ‘Abah’

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan sebulat suara mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri ke-11.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu dicapai pada penutupan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti tersebut yang berlangsung petang tadi.

Advertisement

Menurut beliau, perhimpunan kali kelapan itu berjaya dilaksanakan selama dua hari bermula semalam dengan pelbagai perbincangan penting melibatkan wakil dari seluruh negara.

“Seramai 20 pembahas ambil bahagian mewakili negeri, sayap dan wakil mahasiswa dengan menghayati dan mengupas pelbagai isu termasuk kos sara hidup, ekonomi global dan serantau, perpaduan rakyat serta isu politik semasa,” katanya.

Azmin menegaskan, PAT kali ini telah menyokong dan meluluskan usul ucapan dasar Presiden serta menegaskan sokongan penuh terhadap kepimpinan Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu.

“PAT sebulat suara mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-11 daripada parti ini. Perwakilan bertekad terus bekerja kuat di lapangan dan meningkatkan kemahiran jentera pilihan raya,” ujarnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

caghi
2025-09-08 10:03:10

Tiada Lagi Privasi, Aplikasi Ini Dedah Data Peribadi Dan Wajah, Hanya Masukkan Nombor IC

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...