Drama Isteri Untuk Disewa lakonan Fattah Amin dan Tiz Zaqyah yang baru sahaja mula ditayangkan Isnin lalu tidak dinafikan mendapat sambutan yang cukup hangat lebih-lebih lagi ia adalah kemunculan semula Fattah menghiasi slot drama selepas beliau berkahwin dengan Fazura.
Namun, plot drama tersebut menimbulkan sedikit perbahasan dan kontroversi mengenai hukum dalam agama Islam bab menyewakan isteri.
Malah, ia mendapat teguran daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kerana ia sebenarnya menyalahi hukum agama.
Menerusi laman Facebook rasminya, Dr Zulkifli telah memberikan penjelasan secara mendalam tentang dua isu iaitu yang pertama mengenai tajuk drama dan yang kedua implikasi hukum. Kata beliau, memang haram untuk meminjam mahupun menyewakan isteri.
Mari kita ikut penjelasan penuh Dr Zulkifli dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Sumber Berita : Facebook Mufti Wilayah Persekutuan

Manage
November 10, 2018 at 7:07 pm
Dah malas tengok Fattah berlakon. Dah macam lepas dah minat kat dia. So memang tak tengok pun
malaysia bodoh
November 10, 2018 at 3:17 pm
MUFTI TAKNAK TEGUR SAJAT KE…TANYA JE
Anonymous
November 10, 2018 at 8:41 am
sebenarnya bkn dia menyewakan isterinya, tp pompuan tu yg menyewakan dirinya utk disewa menjadi isteri olok2.. dorg xnikah pun masa noah (fattah) menawarkan tawaran utk menyewa nur (tiz)..nur cuma belakon menjadi isteri noah utk cover dari parents noah
Anonymous
November 10, 2018 at 10:58 am
Kan betul kata anon first yg komen ka atas tu mcm adegan citer dlm filem anak bapak arahan allahyarham Tan Sri P.Ramlee…pinjam bini olok2 jer…
Anonymous
November 11, 2018 at 10:58 pm
Rupanya peminat citer melayu.
Ckp citer melayu x ada kualiti. Tapi nengok jugak. Mcm mana otak nk berkmbang.